Waktu Solat


Waktu sholat untuk Ampang, Selangor, Malaysia. Widget Jadwal Sholat oleh Alhabib. 

Dalil wajib solat
 

Dalil-dalil Al-Quran.

1. Surah Al-Baqarah ayat 149
:

Maksudnya :

" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( Kaabah ). Sesunggunya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari Allah ( tuhanmu ) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan ".

2. Surah Al-Baqarah ayat 150:

Maksudnya:

" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( kaabah ) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka ( ada saja yang mereka jadikan alasannya ). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah ( mengenai perkara yang benar ) ".

Dalil-dalil Hadis.
Ayat-ayat ini dijelaskan Rasulullah SAW dengan sabdanya : 

“Islam didirikan dari lima sendi : 
mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, 
mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; 
mendirikan solat; 
mengeluarkan zakat; 
mengerjakan haji, 
dan berpuasa di bulan Ramadhan.” 

(HR BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR) 
(KITAB TAISIRUL WUSHUL 1 : 13)